Kerjaya kelab Robert Lewandowski

Kerjaya awal

Lewandowski memulakan kerjayanya di Varsovia di mana di sana beliau bersama Varsovia selama tujuh tahun.[12] Berikutan tahunnya beliau berpindah ke Delta Warsaw di mana beliau akhirnya bersama satu pasukan bola sepak sebenar dengan menjaringkan empat gol.[13]

Pada musim 2006–07, Lewandowski menjadi penjaring terbanyak di divisyen ketiga Poland dengan menjaringkan 15 gol.[14] Musim berikutnya beliau menjadi penjaring terbanyak dalam divisyen kedua Poland dengan menjaringkan 21 gol.[15]

Lech Poznań

Lewandowski bermain untuk Lech Poznań pada musim 2009-10.

Pada Jun 2008, Lech Poznań menandatangani Lewandowski dari Znicz dengan bayaran sebanyak 1.5 juta Złoty.[16][17] Dalam masa yang awal, ejen Lewandowski, Cezary Kucharski menawarkan beliau ke bekas kelab Kucharski, Sporting Gijón di mana kelab itu bermain di La Liga selepas 10 tahun di liga bawahan. Bagaimanapun, Sporting menolak tawaran itu.[18]

Beliau membuat debut pertama bersama Lech pada Julai 2008 sebagai pemain gantian dalam pusingan pertama kelayakan Piala UEFA menentang Khazar Lenkoran dari Azerbaijan. Dalam perlawanan itu, beliau menjaringkan gol pertamnya. Dalam debut di Ekstraklasa pula, ketika Lech menentang GKS Bełchatów, beliau menjaringkan gol ketika empat minit selepas memasuki separuh masa kedua. Dalam musim pertamnya di divisyen tertinggi Poland, beliau menjadi penjaring terbanyak kedua. Dalam musim seterusnya, beliau menjadi penjaring terbanyak dengan menjaringkan 18 gol dan membantu pasukannya untuk menjadi juara liga pada musim 2009–10.

Borussia Dortmund

Musim 2010–11

Lewandowski bersama Borussia Dortmund pada 2010.

Banyak spekulasi menyatakan Lewandowski akan berpindah ke kelab lain[19][20] beliau menyertai kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada Jun 2010 dengan menandatangani kontrak selama empat tahun[21] dengan bayaran sebanyak sekitar 4.5 juta.[22] Pada 19 September, beliau menjaringkan gol pertamnya di Bundesliga dalam perlawanan menentang Schalke 04 dengan keputusan perlawanan 3-1.[23]

Musim 2011-12

Lewandowski memulakan perlawanan liganya dalam perlawanan 2–0 menentang 1. FC Nürnberg pada 20 Ogos 2011.[24] Pada 1 Oktober, Lewandowski membuat hantaran dan hat-trick menentang FC Augsburg, 4-0[25] berikutan kekalahan 3-0 kepada Olympique de Marseille dalam Liga Juara-Juara peringkat kumpulan.[26] Dortmund melonjak ke tangga kedua liga selepas kemenangan besar 5-0 ke atas 1. FC Köln pada 22 Oktober.[27] Dortmund jelajah ke SC Freiburg pada 17 Disember dan Lewandowski membuat hantaran untuk Kevin Großkreutz dan menjaringkan gol sebanyak dua kali, Dortmund menang mudah 4-1.[28] Dalam persembahan terbaik beliau, beliau disenaraikan sebagai "Pemain Terbaik Poland".[29]

Berikutan musim sejuk, pada 22 Janauri 2012, Dortmund membelasah Hamburger SV 5–1 untuk ke tangga ke atas bersama musuh ketat Bayern Munich.[30] Beliau menjaringkna gol kemenangan 1-0 ke atas Bayern Munich pada 11 April.[31] Keputusan itu memberikan Dortmund enam mata untuk menjadi gelaran juara dengan hanya empat perlawanan lagi.[32] Pada 21 April, Lewandowski membuat hantaran kepada Shinji Kagawa pada minit ke-59 dalam perlawanan menentang Borussia Mönchengladbach, 2-0.[33] Dalam perlawanan akhir kempen Bundesliga, Lewandowski menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dengan membelasah Freiburg 4–0.[34]

Lewandowski menghabiskan tahun tersebut sebagai pemain ketika sebagai penjaring gol terbanyak dengan 22 gol dan enam hantaran.[35]

Dalam perlawanan akhir musim buat Dortmund, Lewandowski menjaringkan hat-trick dalam perlawanan akhir DFB-Pokal, keputusan memihak kepad Dortmund menang 5–2 ke atas Bayern Munich di mana Dortmund memiliki dua trofi berturut-turut dalam satu musim.[36][37] Lewandowski menghabiskan DFB-Pokal dengan menjadi penjaring terbanyak dengan tujuh gol daripada enam perlawanan.[38]

Musim 2012–13

Lewandowski bersama Dortmund sedang menandatangani autograf, 2013.

Lewandowski membuat pemunculan pertama dalam kempen Bundesliga dalam perlawanan Dortmund menentang Werder Bremen 2-1 dalam hari pembukaan musim baru.[39] Jaringan pertamanya dalam perlawanan menentang Bayer Leverkusen, 3-0 pada 15 September 2012.[40] Beliau membuat rekod baru dengan menjaringkan gol berturut-turut dalam 12 perlawanan liga konsekutif mengalahkan rekod Friedhelm Konietzka dari musim 1964–65.[41] Beliau menghabiskan musim ini dengan 24 gol liga dengan satu gol untuk memotong penjaring terbanyak Bundesliga, Stefan Kießling. Walau bagaimanapun, Lewandowski tertinggal tiga perlawanan termasuk dua kad kuning dan satu kad merah.

Dalam Liga Juara-Juara musim 2012-13, Lewandowski menjadi penyelamt Dortmund dengan menjaringkan gol kemenangan 1-0 pada minit ke-87 ketika menetang Ajax.[42] Direktor Borussia Dortmund Michael Zorc menyatakan Lewandowski tidak akan memperbaharui kontraknya dan akan meninggalkan Dortmund pada musim panas 2013 atau selepas musim 2013-14.[43]

Pada 24 April 2013, Lewandowski menjadi pemain pertama menjadi hat-trick dalam separuh akhir Liga Juara-Juara ketika Dortmund menewaskan juara Sepanyol, Real Madrid 4–1 dalam perlawanan pertama.[44][45] Pada 25 Mei, beliau bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara namun Dortmund tewas 2-1 oleh Bayern Munich.[46]

Musim 2013–14

Lewandowski bersama Dortmund pada 2013.

Pada 27 Julai 2013, Lewandowski bersama Dortmund memenangi Piala Super DFL ke atas Bayern Munich, 4-2.[47] Jaringan pertamanya dalam musim 2013-14 apabila Dortmund menewaskan Augsburg 4-0 dalam perlawanan pembukaan Bundesliga pada 10 Ogos.[48] Pada 1 November, beliau menjaringkan hat-tricknya dalam perlawanan Bundesliga 6–1 ke atas VfB Stuttgart.[49]

Pada 25 Februari 2014, Lewandowski menjaringkan gol sebanyak dua kali dalam perlawanan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Zenit Saint Petersburg di mana Lewandowski menjadi penjaring terbanyak BVB di kejohanan Eropah mengalahkan Stéphane Chapuisat dengan 16 rekod gol.[50] Beliau menjaringkan gol ke-100nya bersama Dortmund dalam pemunculan ke-182nya dalam perlawanan menumpaskan VfL Wolfsburg dalam separuh akhir DFB-Pokal pada 16 April 2014 dan memakai jersi bernombor 100 pada hari tersebut.[51]

Lewandowski menghabiskan musim 2013–14 sebagai penjaring terbanyak Bundesliga dengan memiliki 20 gol.[52] Beliau juga menjaringkan enam gol di Liga Juara-Juara dan berjaya membantu Dortmund melangkah ke suku akhir.[53] Dalam perlawanan kedua perlawanan 16 terbaik di antara Borussia Dortmund dan Zenit, Lewandowski menerima kad kuning kedua dan beliau terpaksa melupakan perlawanan pertama suku akhir menentang Real Madrid.

Lewandowski bermain untuk perlawanan terakhirnya bersama Dortmund pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2014 menentang Bayern Munich pada 17 Mei, Dortmund tewas 0-2.[54]

Bayern Munich

Dalam November 2013, Lewandowski memastikan beliau menandatangani kontrak baru bersama Bayern Munich iaitu musuh utama Borussia Dortmund,[55] di mana berlaku pada 3 Januari 2014 dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dan menyertai Bayern pada musim 2014–15.[56] Lewandowski menjadi pemain rasmi Bayern Munich pada 9 Julai 2014.[57]

Musim 2014–15

Lewandowski bersama Bayern pada 2014.

Lewandowski memulakan debut pra-musimnya pada 21 Julai 2014.[58] Beliau membuat debut pertama bersama kelab barunya dalam perlawanan tewas 2-0 kepada kelab lama Lewandowski, Borussia Dortmund dalam Piala Super DFL pada 13 Ogos 2014.[59] Beliau menjaringkna gol pertamnya dalam perlawanan seri 1-1 menentang Schalke 04 dalam perlawanan liga kedua pada 30 Ogos.[60] Pada 1 November, dalam perlawanan liga pertama menetang Dortmund, Lewandowski menjaringkan satu gol untuk Bayern dengan keputusan 2-1 di mana Bayern mengutip empat mata ke tangga teratas liga manakala kelab lama Lewandowski di tangga tercorot dan mungkin ke divisyen kedua.[61]

Rujukan

WikiPedia: Robert Lewandowski http://www.bbc.com/sport/0/football/22540468 http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2013/000026... http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2013/000027... http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2013/000029... http://www.bundesliga.com/en/tournaments/news/2013... http://www.fifa.com/worldcup/archive/southafrica20... http://soccernet.espn.go.com/match?id=297229&cc=59... http://soccernet.espn.go.com/match?id=346403&cc=59... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/10691... http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=772358&...